“Bercinta eh…”- Dilihat rakam video trend bersama, netizen tanya hubungan Fimie Don & Khayrisyah Kemal

Sponsored

Kini di platform TikTok, terdapat pelbagai jenis video yang memaparkan content menyahut trend. Terbaharu satu trend dengan wajah kartun yang melucukan telah mengundang ramai pengguna platform tersebut turut terhibur dengan pelbagai jenis video lucu dimana ada yang melakukan trend itu bersama seseorang.

Satu perkongsian oleh pelakon, Khayrisyah Kemal bagaimanapun turut menarik tumpuan peminat dan warganet apabila dia nampaknya turut mengikuti trend video tersebut yang akhirnya ramai sampai mengulang tayang menonton hantarannya itu di TikTok.

Sponsored

Pelakon cuit hati ramai bila ikut trend TikTok

Khayrisyah Kemal dilihat tidak sendiri malah merakam video trend di TikTok itu bersama pelakon, Fimie Don. Tentu ramai peminat drama tempatan sudah cukup familiar dengan wajah dua pelakon ini yang sedari kecil sudah terbabit dalam dunia lakonan tanah air.

Sponsored

Meskipun begitu, hantaran video tersebut mengundang ramai begitu terhibur menyaksikan kelucuan dua pelakon ini yang sempoi mengikuti trend terkini itu sehingga lebih 2 juta kali ditonton di platform berserta ditinggalkan lebih 150,000 tanda suka.

Tarik perhatian 2.2 juta kali ditonton

Sponsored

Dalam pada warganet dan peminat terhibur dengan gelagat mereka, ada juga yang tertanya-tanya dengan hubungan Fimie Don dan Khayrisyah Kemal yang disoal adakah mereka bercinta.

‘Hahaha aku yang tak tahan gelak ni acane…’

Fimie Don

‘Couple ke weii hahahha’

Bercinta eh…’