Berlakon Saat Hilang Cintamu, Zamarul Hisham dapat pujian melambung ramai

Sponsored

Saat Hilang Cintamu merupakan sebuah telefilem yang kini hangat diperkatakan ramai menerusi media sosial. Selain jalan cerita, pelakon utama telefilem tersebut iaitu Zamarul Hisyam antara yang netizen tertumpu.

Mana tidaknya, kesan daripada pelakon senior ini mengundang orang ramai menangis dan berkongsikan pelbagai reaksi positif tentang telefilem ini di media sosial. Kisah suami yang setia dan sanggup melakukan apa sahaja demi isteri namun dikhianati ini membuatkan warganet membanjiri media sosial dengan menganggap telefilem ini satu naskah terbaik.

Sponsored
@volk_man311

kehebatan seorang pelakon bukan pada putar alam, mengampu, talam dua muka….tapi hebatnya pelakon itu kerana jiwa…nyawa lakonannya….dan ia ada pada zamarul #saathilangcintamu #zamarulhisyam #pelakonmalaysia

♬ Saat Hilang Cintamu – Sarah

“Kehebatan seorang pelakon bukan pada putar alam, mengampu, talam dua muka tapi hebatnya pelakon itu kerana jiwa, nyawa lakonannya dan ia ada pada Zamarul.” Kata salah seorang penonton telefilem tersebut yang mana akuinya pelakon ini berhasil membuatkan dia menangis tanpa melibatkan umur dan stunt man.

Netizen bagaimanapun bersetuju dengan pandangan tersebut dan menganggap pelakon senior ini hebat dalam lakonannya. Selain Zamarul Hisyam, netizen juga memuji jalan ceritanya dan naskah tersebut.

Sponsored
@dhuhasophea19

Sape layan cerita ni semalam 👆🏼😭thankyou kepada penulis & tv3 siarkan cerekarama yang padat dengan pengajaran dan mesej yang berguna seperti ini. Berdasarkan kisah benar katanya. #cerekaramatv3#saathilangcintamu#zeelproduction#zamarulhisham😎 #Ritanadira

♬ Musik Alunan Sedih – Faid rafanda

Menerusi ruangan komen pula, dia bersama beberapa lagi pelakon lain seperti Aaron Aziz, Bell Ngasri juga dipuji sebagai pelakon terbaik.

‘Tak tua tapi senior yang sangat berbakat’

Sponsored

‘Dengan sepenuh hati dia menjiwai watak yang dia bawak tu, terbaik abang Zamarul’

‘Mantap dulu kini dan selamanya, my feveret artis’

‘Aaron, Zamarul, Bell Ngasri, Eman, Sabri etc ni semua pelakon gered AAA’