“Beta janji, beta jaga”- Aliff Aziz nyanyi sambil pandang Bella Astillah tarik perhatian ramai

Sponsored

Pasangan sama cantik, sama padan iaitu pelakon dan penyanyi Aliff Aziz serta isterinya, Bella Astillah sering menjadi sorotan ramai di media sosial. Meskipun adakala terpalit kontroversi, pasangan ini tetap kuat bersama.

Perkara itu mencetuskan ramai yang kagum dengan ketabahan Bella Astillah dan nampaknya pasangan ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila gelagat mereka ketika Aliff Aziz diberikan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya dikongsikan.

Sponsored

Nampaknya beberapa hari lalu, Aliff Aziz menyambut ulang tahun kelahirannya pada tahun ini dan mengambil kesempatan itu juga bagi pelakon, Zaki Azeman yang juga merupakan rakannya dalam drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu sempat memberikan ucapan di media sosial miliknya.

Muat naik Zaki Azeman bagaimanapun memaparkan Aliff sempat menyanyi dan turut berada di situ adalah, Bella Astillah. Gelagat sweet Aliff Aziz sempat menyanyi sambil memandang isterinya itu turut mengundang ramai memberikan tumpuan kepada mereka.

Sponsored
@zakiazeman94

Happy birthday my brother 💛

♬ original sound – SURIA – SURIA

“Happy birthday my brother,” tulis pelakon Zaki Azeman terhadap Aliff Aziz. Namun begitu, rakaman video yang dikongsikan itu turut mencetuskan pasangan sama cantik, sama padan tersebut juga mencuri tumpuan ramai untuk menghujani ruangan komen dengan ratusan reaksi gembira.

‘Senyum sorang-sorang aku, suka tengok dorang ni. Semoga hubungan…’

Sponsored

‘Bestnya suara Aliff’

‘Aliff jatuh ke tangan yang betul. God bless you Bella and husband and kids’