Biodata Hana Ismail

Sponsored

Siapakah dia si cantik manis Hana Ismail? Untuk pengetahuan semua, beliau adalah seorang personaliti dan pengacara TV Al-Hijrah. Beliau sering kali tampil di layar TV bagi aktiviti-aktiviti keagamaan. Wanita ini mula dikenali oleh penonton menerusi rancangan televisyen, termasuklah program realiti ‘On Air’ anjuran Astro, pada tahun 2012. Banyak rancangan TV yang telah disertainya termasuklah Astro Awani, Buletin Awani dan Raikan Cinta.

Terbaharu, Hana Ismail telah selamat berkahwin dengan jejaka pilihan hati iaitu Da’i Syed yang merupakan seorang pendakwah bebas. Da’i Syed dan Hana dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ismail Dahwan. Beliau menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas daripada Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.

Sponsored

Isteri Da’i Syed

“Bagi yang mengenali saya, Syed is not really my type, tapi Alhamdulillah selepas sesi perkenalan kami, kemudian saya buat solat istikharah selama seminggu, dapat jawapan untuk berkahwin dengannya. Orang juga tahu mengenai perbezaan umur kami agak jauh iaitu sembilan tahun dan perkara itu turut menjadi antara pertimbangan saya namun Alhamdulillah sampai jodoh kami berdua” – Hana Ismail

“Antara ciri-ciri yang buat saya tertarik dengan Hana ialah budi bahasanya yang sangat tinggi malah dia antara orang yang suka pergi ke majlis-majlis ilmu. Bercakap perbezaan usia itu tak jadi masalah, Rasulullah SAW dan isteri baginda juga mempunyai perbezaan usia, saya jadikan sebagai contoh. Pada awal perkenalan, saya tak sangka usianya 36 tahun, malah ingat dia sebaya sebab wajahnya cantik, tidak menggambarkan umur sebenar” – Da’i Syed

Majlis akad nikah yang dimulai dengan acara Maulid dihadiri oleh lebih dari 100 orang tetamu. Tetamu-tetamu terdiri dari keluarga terdekat kedua belah pihak serta sahabat-sahabat baik dan artis-artis seperti Datin Umie Aida, Irma Hasmie, Sharifah Haslinda, dan banyak lagi.

Biodata Hana Ismail

  • Nama penuh: Nurulhana Binti Ismail
  • Nama panggilan: Hana / Hana Al -Mauzah
  • Tahun lahir: 1986
  • Umur: 36 tahun (2022)
  • Jantina: Perempuan
  • Asal: Johor Bahru, Johor
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda TESL (Teaching of English as Second Language), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Pekerjaan: Personaliti dan Pengacara TV
  • Media Sosial: IG: @hanaalmauzah