Sejak akhir-akhir ini nama Sissy Imann menjadi perhatian ramai selepas insiden komen pedas juri mengenai persembahannya di salah sebuah rancangan realiti TV. Dalam persembahan itu Sissy Imann dan pasangan pesertanya, Naim Daniel membawakan lagu Pop yang digubah menjadi Keroncong berjudul Jampi nyanyian asal Hael Husaini.
Mungkin ramai yang belum tahu dan kenal siapakah Sissy Imann ini. Kami sediakan biodata Sissy Imann versi ringkas untuk info ramai.
Biodata Sissy Imann
Nama Penuh: Sissy Imann Binti Mohammad Kamil
Nama Panggilan: Sissy Imann
Umur: 27 tahun
Tarikh Lahir: 24 Oktober 1995
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras
Instagram: www.instagram.com/sissyimann
Latar belakang dan kerjaya
Gadis dikenali dengan nama Sissy Imann ini mula dikesan bakatnya di Youtube oleh AG Coco. Dari situ Sissy Imann dan AG Coco berkerjasama menghasilkan sebuah album.
Memiliki bakat bermain dengan pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes. Selain dari itu Sissy Imann juga pernah menyertai rancangan realiti TV berjudul Big Stage.
Bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music lapan tahun lalu, muzik video dengan lagu berjudul Mungkin Kamu nyanyian Sissy Imann memiliki melodi cukup menarik untuk didengar.
Malah dilaporkan nama Sissy Imann turut melonjak naik menerusi lagu Mungkin Kamu itu. Selain menyanyi, Sissy Iman juga berbakat dalam bidang pengacaraan serta menjadi guru muzik mengajar anak-anak sekolah rendah.
Foto terkini
![](https://syor.com/app/uploads/2023/01/sissy-imann-5.jpg)
![](https://syor.com/app/uploads/2023/01/sissy-imann-3.jpg)
![](https://syor.com/app/uploads/2023/01/sissy-imann-1.jpg)
![](https://syor.com/app/uploads/2023/01/sissy-imann-4.jpg)
![](https://syor.com/app/uploads/2023/01/sissy-imann-2.jpg)