“Boleh berlakon filem gangster”- MK marah dipuji tetap kacak tarik perhatian ramai

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi tersohor ini, MK K-Clique dimana dia antara salah seorang kumpulan tersebut yang sentiasa menjadi tumpuan dalam industri hiburan tanah air. Selain bergelar penyanyi, MK juga semakin mendapat perhatian dalam dunia lakonan.

Terbaharu, MK mengundang ramai memberikan tumpuan kepada dirinya apabila satu rakaman video dirinya yang dilihat bergaduh dan memarahi seorang individu mencetuskan ada yang terkejut.

Sponsored
@astrogempak

Bila @MK K-CLIQUE marah 😭 ingat betul2 rupanya prank birthday je tekejut min tau #gempakviral 🎥: instagram

♬ original sound – Gempak – Gempak

“Bila MK K-Clique marah, ingat betul-betul rupanya prank birthday je terkejut…” kongsi Astro Gempak tersebut yang mana video pendek itu juga dalam pada masa sama menjadi tumpuan warganet. Mana tidaknya, bagi peminat jarang melihat penyanyi popular berkenaan marah.

Meskipun prank untuk menyambut ulang tahun kelahiran namun kebanyakannya juga ‘terpukau’ dengan lakonan MK marah yang dilihat menjadi. Malah ada yang turut memuji wajah kacaknya yang masih kelihatan kacak walaupun sedang marah.

Sponsored

Wajah marah jadi bualan

Umum diketahui juga, selain rapper yang menjadi kesukaan ramai MK K-Clique telah menjadi pelakon dan lakonannya dalam beberapa drama ternyata mendapat komen positif penonton. Jadi melihatkan pula rakaman dia marah, ada juga yang merasakan dia boleh terlibat dalam filem aksi kerana wajahnya itu.

Sponsored

‘Muka dahla gangster’

“Boleh berlakon filem gangster ni. Memang laris manis’

‘Hmmmm marah pun herlok’

‘Muka MK marah pun still hensem’