Buat Liputan PRU15, Wartawan Tunjuk Kulit Tangan Sampai Menggelupas Akibat Berjemur

Sponsored

Boleh dikatakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini sangat berbeza dari sebelumnya. Mana tidaknya, rakyat Malaysia terpaksa menunggu hampir seminggu untuk menantikan keputusan pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Hampir setiap hari, orang ramai menantikan perkembangan terkini menerusi maklumat yang dikongsikan oleh para wartawan. Kumpulan pengamal media juga turut ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara bagi mendapatkan liputan langsung.

Sponsored

Baru-baru ini, seorang wartawan yang turut sama membuat liputan PRU15 berkongsikan keadaan tangannya yang menggelupas akibat menahan terik matahari semasa bertugas.

Kulit sampai menggelupas

Sponsored

Macam yang semua sedia maklum, para wartawan bertugas tanpa mengira waktu mahupun cuaca demi menyampaikan perkembangan terkini politik negara semasa PRU15 baru-baru ini.

Di dalam video yang dikongsikan itu, dapat dilihat keadaan lengan wartawan terbabit yang menggelupas dan kesan ‘sunburn’ pada tangannya itu. Perkongsian itu turut menarik perhatian netizen di mana ramai yang terkejut melihat antara kesukaran yang dilalui para wartawan.

Sponsored

Dalam masa yang sama, netizen turut terhibur melihat reaksi bos mereka yang sempat berseloroh meminta lelaki itu untuk tidak mengganggu wartawan tersebut kerana dia akan bersiaran langsung selepas itu.

Sekadar info, keputusan PRU15 menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 di mana pelantikan itu diumumkan pada Khamis, 24 November 2022.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.