Buat Parodi Puteri Sarah Di Mahkamah, Influencer Ditegur Netizen, “Nak Bergurau Ada Tempat Dia…”

Sponsored

Macam yang semua tahu, krisis rumah tangga pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof masih lagi berpanjangan apabila pengarah filem itu enggan melafazkan talak cerai. Mahkamah Rendah Syariah kemudian mengarahkan pasangan ini melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) untuk kes permohonan cerai mereka.

Susulan perkembangan terkini ini, seluruh platform media sosial dipenuhi dengan berita melibatkan pasangan selebriti ini. Namun terdapat sebuah video yang kini tular di Tik Tok yang telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Sponsored

Menerusi video yang dimuat naik itu, influencer tersebut telah membuat satu video parodi mengenai Puteri Sarah semasa dia ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini. Malah dia juga turut menggunakan audio asal daripada video temu bual itu untuk dijadikan bahan konten di akaun Tik Toknya itu.

Di dalam video berkenaan, influencer terbabit berlakon sebagai Puteri Sarah dan dua lagi rakannya yang kononnya menjadi peguam pelakon itu. Mereka kemudiannya melakonkan kembali situasi di mana Puteri Sarah ditemu bual oleh wartawan di luar mahkamah.

Sponsored

Dikecam netizen

Perkongsian tersebut kemudiannya menerima kritikan dan kecaman netizen yang menganggap video parodi itu adalah keterlaluan. Jelas netizen, masalah rumah tangga pasangan itu bukanlah isu yang boleh dibuat main dan dijadikan sebagai bahan gurauan.

Malah netizen turut menegur tindakannya yang tidak menjaga sensitiviti Puteri Sarah yang sedang berhadapan dengan kemelut rumah tangganya itu. Dalam masa yang sama, ramai yang meminta Puteri Sarah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap influencer yang mempunyai lebih tiga juta pengikut di Tik Tok ini.

Sponsored

“Kadang kalau nak bergurau ada tempat dia sis.”

“Sempat lagi menganjing, rasanya ni bukan boleh buat main-main. Kan tak pasal-pasal kena saman.”

“Dah kena pada diri sendiri baru tahu.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok