Pelakon Nad Zainal mencuri tumpuan ramai baru-baru ini apabila memuat naik video review sebuah produk. Namun apa yang menjadi perhatian ramai ialah bentuk fizikal pelakon itu yang dikatakan sedang berbadan dua gara-gara pakaian yang dipakainya ini.
Menerusi video yang dimuat naik itu, Nad Zainal dilihat sedang berkongsikan tentang produk susu kambing. Oleh kerana Nad mengenakan pakaian yang mengikut bentuk badan, ramai yang mendakwa melihat ‘baby bump’ pada perut pelakon itu dan mengucapkan tahniah di atas kehamilannya itu.
Perkongsian itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari netizen yang tumpang gembira sekiranya benar pelakon itu kini sedang mengandung. Namun ada juga yang tertanya-tanya sama ada dakwaan itu adalah betul kerana pelakon itu baru sahaja mendirikan rumah tangga tidak sampai sebulan.
Reaksi Nad Zainal
Sedar dirinya menjadi bualan di ruangan komen, Nad Zainal menafikan dakwaan dia kini sedang hamil seperti yang dikatakan ramai. Sebaliknya dia berseloroh itu hanyalah perut buncit selepas makan sahaja dan bukannya ‘baby bump’ wanita hamil.
“Cepatnya pregnant baru jugak dia kahwin.”
“Kalau macam ni punya buncit pun orang dah kata baby bump. Kalau perut aku punya buncit, silap-silap orang kata gudang.”
Susulan penafian dari pelakon itu, rata-rata netizen turut meminta orang ramai berhati-hati dalam meninggalkan komen tentang perubahan fizikal seseorang. Malah ada yang mengatakan perut buncit seperti itu merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh wanita yang sudah melahirkan anak.
Sekadar info, Nad Zainal telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Ismail pada akhir Januari lalu. Mereka mula menjalinkan hubungan rapat selepas terlibat di dalam sebuah drama yang sama dan turut bergandingan bersama di dalam sebuah program travelog di YouTube.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.