Che Ta Sambut Anniversary Ke-9, “Tak Sangka Mat Saleh Celup Kami Kahwin Ni Sangat Particular Tentang Agama…”

Sponsored

Pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka untuk tahun yang ke-9. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pasangan ini pastinya akan mengadakan sesi ‘photoshoot’ untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

Kebiasaannya pasangan ini akan memakai busana pengantin seolah-olah kembali menjadi pengantin untuk hari istimewa mereka ini. Bagi sambutan ulang tahun perkahwinan ke-9 tahun ini, Che Ta difahamkan mengenakan busana pengantin yang bernilai RM80,000.

Sponsored

Pelakon itu bukan sahaja memuat naik gambar ‘photoshoot’ yang dilakukan malah turut mengimbau kembali kenangannya mendirikan rumah tangga bersama suaminya. Menurut Che Ta, dia bersyukur dikurniakan seorang suami seperti Zain yang tidak pernah sesekali memaksanya untuk memasak.

“Tak pernah suruh kami kemas rumah ka, tak pernah paksa masak ka, jauh sekali nak control pergerakan kami.”

Sponsored

Malah Zain juga memberikan kebebasan sepenuhnya buatnya dan tidak pernah menyekatnya dari melakukan apa-apa yang diinginkan. Tambahnya lagi, Zain juga adalah seorang yang sangat menekankan soal agama terutamanya tentang solat.

“Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat? Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ni sangat particular tentang agama.”

Sponsored

Menurut Che Ta, dia mengakui berasa terkejut apabila peribadi Zain tidak seperti yang dijangkakan pada awalnya. Sehinggakan Che Ta juga perlahan-lahan menutup aurat selepas berkahwin dengannya dan bersyukur dengan peneman hidup yang dikurniakan Tuhan ini.

Dalam masa yang sama, Che Ta turut menasihatkan para wanita yang sudah bercerai untuk tidak berputus asa dalam mencari pasangan hidup. Sekadar info, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram