Daiyan Trisha Dan Aedy Ashraf Terlihat Mesra Bersama, Peminat ‘Restu’ Jika Bercinta

Sponsored

Pelakon dan penyanyi jelita dikenali dengan nama Daiyan Trisha ini sememangnya memiliki bakat dan aura tersendiri membuatkan ramai senang melihatnya dalam industri hiburan tanah air.

Kini lakonannya dalam drama Projek High Council telah membuatkan namanya kembali menjadi sebutan di sosial media. Di samping itu juga baru-baru ini satu video yang dimuat naik oleh pelakon, Aedy Ashraf yang turut memaparkan Daiyan Trisha telah mencuri tumpuan ramai.

Sponsored

Dalam rakaman tersebut kedua-dua pelakon ini dilihat sedang ‘layan’ persembahan dari seorang penyanyi antarabangsa. Turut terlihat rakan mereka seorang lelaki dan perempuan.

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf meluangkan masa bersama ini yang dimuat naik menerusi akaun TikTok pelakon tersebut:

Sponsored

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf terlihat mesra bersama. Daiyan dan Aedy nampak seronok menonton konsert penyanyi antarabangsa, Ne-Yo.

Terlihat juga pasangan ini sangat mesra membuatkan netizen suka tengok gelagat kedua-dua pelakon dan timbul spekulasi serta yang setuju jika mereka bercinta.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet ada yang membuat andaian sendiri dan akui kedua-dua pelakon ini sesuai jika bersama. Berikut antaranya:

“Okey diorang memang berdua”

“Tu diaaaa jangan kang kitaorang dah excited tiba tak berkawan pulak”

“Kau buat apa tu mawi..ingat ila mawi”