Selepas sekian lama berahsia, baru-baru ini pelakon jelita Reen Rahim selamat disatukan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu seorang ahli perniagaan dan penggiat seni yang awalnya dikenali sebagai Encik H atau nama sebenarnya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dengan sekali lafaz.
Kejelitaan Reen Rahim mengayakan beberapa busana ketika majlis bahagianya itu membuatkan pelakon yang popular dengan watak Kak Su dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda ini dipuji dan bagaimanapun sekali lagi tular apabila dia mengayakan busana daripada pereka terkenal, Rizman Ruzaini.
Mengenakan songket dengan rekaan cukup menaikkan seri pengantin, Reen Rahim menerima pelbagai pujian ramai selepas dia mengayakan busana Rizman Ruzaini itu ketika majlis persandingannya dengan suami kelmarin. Perkongsian dikongsikan oleh Rizman Ruzaini di Instagram juga mengundang ramai ‘hadir’ melihat keunikan busana tersebut yang begitu sesuai dipakai oleh Reen Rahim.
Sehingga ada yang mengatakan ia adalah rekaan paling cantik malah digayakan pula oleh Reen Rahim. Sangat cantik, kata ramai sehingga Reen Rahim tidak henti-henti menerima pujian daripada pengguna Instagram.
Ada juga akui tidak pernah meninggalkan komen turut terpukau untuk memberikan pujian dengan kejelitaan Reen Rahim yang disesuaikan pula bersama rekaan unik tersebut.
‘Aku tak pernah komen tapi aku rasa ni paling cantik sebab combination warna dia tu lain dari yang lain’

‘Gempak habis wedding of the year ni’

‘Terlalu cantik’
