Sekali lagi persembahan Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) menjadi bualan ramai. Saban tahun setiap kali muncul di AJL ramai yang akan ternanti-nantikan gaya pakaian dan konsep persembahan anak seni berbakat besar ini.
Tahun ini bertemakan kepulan awan, persembahan Aina Abdul menerusi lagu Terus Hidup berjaya memberikan kesan kepada penonton. Memetik laporan Harian Metro, Aina Abdul berbelanja sebanyak RM90,000 untuk persembahannya pada malam itu.
Malah pengorbanan dan perbelanjaan Aina ini berbaloi apabila meraih kemengan berganda di AJL 37. Difahamkan juga lagu Terus Hidup ini didedikasikan buat arwah bapanya, Abdul Ghani.
Di TikTok TV3 Malaysia, sempat dikongsikan di balik tabir persembahan Aina Abdul di AJL 37 pada malam semalam. Berikut adalah rakaman tersebut:
Kerja berkumpulan menjadikan persembahan penyany hebat ini berjaya dengan bantuan semua orang dalam pasukannya. Meninjau di ruanga komen, rata-rata warganet memuji persembahan Aina Abdul di AJL 37 pada malam itu. Berikut antaranya:
“Aina dia ada team sendiri..Dari segi baju dan persembahan always on point..Tengokla baju dia lain dari yang lain…”
“Bagi aku Aina adalah penyanyi pelapis yang berkualiti dah ada level dia tersendiri, cuma dia kena cari peluang untuk maintain dalam industri atau pegi international”
“Dia betul2 nak bertanding..Effort sangat tinggi macam Tok Ti dulu”
“Aku dari dulu suka team Aina Abdul nih. Diam2 buat keje. Memang gempakla kostum dia setiap masa”