“Di Saat Lelaki Itu Membuang Aku Seperti Sampah, Ada Lelaki Lain Yang…”, Perkongsian Rita Rudaini Raih Perhatian

Sponsored

Pelakon Rita Rudaini sering berkongsikan tentang kehidupannya bersama dua anak lelakinya yang kini semakin membesar. Baru-baru ini pula, pelakon itu ada memuat naik sebuah perkongsian di Tik Tok yang telah menyentuh hati mereka yang menontonnya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, Rita terkenang tentang kisah silamnya dan meluahkan rasa sedih apabila diperlakukan sebegitu. Namun kini, dia bersyukur dengan kehadiran dua cahaya mata lelaki dalam hidupnya yang sentiasa bersamanya dalam susah dan senang.

Sponsored

“Di saat laki-laki itu membuangku seperti sampah… Ada laki-laki lain yang mengambil dan memperlakukan saya seperti hal yang berharga.”

@ritrud727

Syukur Alhamdulillah ….rezeki yg tak ternilai dr ALLAH swt 😌

♬ original sound – Rita Rudaini – Rita Rudaini

Walaupun tidak ada menyebut nama sesiapa dalam video tersebut, ramai yang menganggap hantaran itu adalah tentang kisah silamnya bersama bekas suami. Perkongsian yang dimuat naik oleh Rita ini turut membuatkan rata-rata netizen berasa sebak melihat luahan hati pelakon itu.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, netizen menganggap Rita sebagai seorang yang bertuah kerana dikurniakan dua orang anak lelaki yang begitu menyayanginya. Dalam masa yang sama, pelakon itu turut dipuji ramai apabila dia berjaya membesarkan anak-anaknya seorang diri sebagai ibu tunggal.

“Awak wanita hebat yang didik anak-anak lelaki sampai berjaya.”

Sponsored

“Tak baik anggap diri macam sampah, semua ada hikmah dan bersyukur lah. Takde siapa yang salah, semua ketentuannya.”

Sekadar info, pelakon Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zafuan pada tahun 2008 namun pasangan ini bercerai pada tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang putera bernama Airit Rayyan Rizqin, 14 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 12 tahun.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok