“Dia hormat suami”-Siti Nurhaliza ‘cuak’ dengan Datuk K, ramai akui aura buat auto ‘respect’

Sponsored

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dipanggil Tokti bukanlah asing lagi bagi ramai. Perkembangan kerjayanya sebagai seorang penyanyi sememangnya tidak jemu peminat ikuti sehinggalah dia kini berusia 44 tahun.

Menerusi media sosial juga, peminat Siti Nurhaliza dapat mengikuti dia beborak dengan orang ramai menerusi video secara langsung (live). Disebabkan hal itu, banyak kisah lucu mahupun dijadikan inspirasi oleh peminat dan netizen di media sosial.

Sponsored

Walau bagaimanapun, pada kali ini tidak hanya Siti Nurhaliza sahaja yang viral, ini kerana suaminya yang dikenali dengan panggilan Datuk K juga menjadi tumpuan ramai. Dalam rakaman video lebih seminit ini memaparkan, Tokti sedang bercakap namun kelihatan cuak apabila Datuk K ada disitu.

Melihat rasa hormat Siti Nurhaliza terhadap suaminya itu sekali lagi mengundang ramai memuji sikap penyanyi popular ini. Kelibat Datuk K juga ditunjukkan oleh Siti Nurhaliza dalam video ini.

Sponsored

Perkongsian tersebut ternyata membuatkan aura Datuk K juga menjadi perbualan di ruangan komen apabila dilihat membuatkan netizen juga auto respect.

Aura Datuk K ni memang kuat la. Aku yang tengok dia dalam video je pun boleh rasa vibes dia aku jadi segan haha auto respect”

Sponsored

“Datuk K punya aura vibe ni, aura-aura papa megah holding lah”

“Dari dulu dia segan dengan dato ka kan. Hahaha ingat lagi dia cakap kalau time dia perfom husband dia ada, dia jadi segan”

“Doa hormat suami tahu yang mana kena utamakan”

Sumberm.s.zone