“Dia kaya gila”- Kongsi momen anak2 balik sekolah, tapi ramai tertumpu lihat ‘kekayaan’ Jep Sepahtu

Sponsored

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu tentu ramai yang mengenali dirinya disebabkan bakat dia sebagai seorang pelawak. Apatah lagi, jarang terpalit kontroversi juga menyebabkan dia dan isteri, Sari Yanti disenangi ramai dalam industri hiburan tanah air.

Apa yang mengundang pasangan selebriti ini sering dinanti-nantikan peminat juga apabila kedua-duanya jarang berkongsikan hal peribadi kepada umum terutama apa yang dimiliki mereka. Jadi apabila dapat melihat Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang kini sering berkomunikasi dengan peminat dan warganet dengan membuat video live di media sosial, orang ramai begitu pantas memberikan sokongan kepada mereka.

Sponsored

Walau bagaimanapun pada kali ini tidak semena-mena orang ramai tertumpu kepada ‘kekayaan’ Jep dan Sari Yanti apabila Sari Yanti disambut Jep Sepahtu selepas pulang mengambil anak-anak dari Sekolah dan kelihatannya kereta dan suasana rumah mereka menjadi perbualan.

Menerusi video live terbaharu tersebut, melihatkan ‘kekayaan’ Jep Sepahtu itu ternyata dia menerima pujian melambung orang ramai yang menyukai sikapnya yang tidak menunjuk-nunjuk.

Sponsored

‘Kaya gila mamat ni, alhamdulillah. Seronok tengok Melayu berjaya’

‘Dia kaya gila sebenarnya tapi tak pernah menunjuk very down to earth’

Sponsored

‘Jep punya humble peminat dia pun tak tahu dia ada kereta apa walaupun dah bertahun minat dia’

‘Comel betul Abu Bakr tidur, and also salute lah to their family for not having a helper’