Berita mengenai kejadian menimpa pelakon, Kamal Adli begitu mengejutkan ramai pihak malah di media sosial juga ramai tertanya-tanya keadaan pelakon lelaki berkenaan. Selepas Uqasha Senrose memaklumkan bahawa suaminya itu cedera diserang oleh seorang lelaki mengunakan cota.
Menerusi mStar bagaimanapun Uqasha Senrose menceritakan kejadian tersebut yang berlaku sekitar pukul 9 dan 10 malam dimana Kamal Adli sedang sibuk melayan peminat yang mahu bergambar. Sebelum kejadian pula, seorang warga emas berkerusi roda mendekati suaminya mahu bergambar sebelum seorang lelaki datang mencari Kamal Adli.
“Kami ingatkan dia peminat apabila Kamal tegur lelaki itu, dia tiba-tiba mengeluarkan cota dari poket sebelum menghayunnya berkali-kali di belakang kepala Kamal,” yang mana ia menyebabkan berd*arah.
Apabila Kamal Adli mengangkat kepala, dia memukul pada bahagian tulang pipi kemudian berkali-kali di badan. Uqasha Senrose bagaimanapun turut berkata lelaki tersebut memberikan alasan dia menyerang suaminya itu kerana dihantar pihak lain selain mendakwa mempunyai isu peribadi dengan Kamal Adli.
Meskipun begitu, selepas diasak lelaki tersebut akhirnya memberitahu bahawa dia cemburu. Ini kerana Kamal Adli mengahwininya dan ternyata dia turut mengugut adik-beradik yang turut berada di tempat jadian.
“Apa membimbangkan dia mengugut dengan mengatakan dia ingat wajah kami semua dan kami akan menanggung akibatnya. Dia membuat ugutan itu dihadapan polis yang datang untuk menahannya.”