Didakwa Buat Sujud Syukur Dapat Jumpa Pelakon Terkenal Korea, Adriana Adnan Bagi Respon, “Saya Hanya…”

Sponsored

Pelakon dan pengacara Adriana Adnan baru-baru ini menjadi bualan ramai selepas dia berjaya memenangi sebuah peraduan untuk berjumpa dengan pelakon terkenal Korea, Park Seo Joon. Namun dia juga telah menerima kecaman hebat apabila dikatakan siap sujud syukur gara-gara teruja dengan berita gembira itu.

Malah ada yang mengkritiknya dengan mengatakan pelakon itu hanyalah manusia biasa sahaja dan tidak perlu untuknya membuat sujud syukur seperti itu sekali. Namun menurut Adriana, itu hanyalah salah faham semata-mata dan bukan seperti apa yang dikatakan ramai.

Sponsored

Menurutnya, itu hanyalah reaksi spontan darinya sebaik sahaja dia menerima keputusan dari penganjur peraduan tersebut. Tetapi dia menafikan melakukan perbuatan itu sebaliknya hanya membongkokkan badannya kerana terlalu gembira dengan berita tersebut.

“Kalau kita buat sujud syukur, mestilah dilakukan dengan bacaan doa. Tetapi saya hanya membongkokkan badan kerana terlalu gembira dan sekadar reaksi spontan.”

Sponsored

Difahamkan, Adriana bersama 300 lagi pemenang peraduan itu akan diberikan peluang bertemu dengan pelakon Korea itu pada 25 Februari depan. Tambah Adriana, sewaktu dia mendapat mesej dari pihak penganjur, dia berasa begitu terkejut dan tidak sangka akan memenangi peraduan itu.

“Apabila masuk peraduan-peraduan macam ni peluang menang tu memang agak tipis. Jadi bila saya diumumkan sebagai salah satu pemenang, mestilah saya gembira.”

Sponsored

Adriana memberitahu dia mula meminati pelakon lelaki itu sejak tahun 2017 dan sanggup menyertai peraduan yang dianjurkan Milo itu untuk bertemu dengannya. Malah dia sedar peluangnya untuk menang juga adalah sangat tipis memandangkan pelakon itu mempunyai peminat yang sangat ramai.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar