Dikatakan Mirip Anwar Ibrahim, Lelaki Ini Jadi Bualan Di Tik Tok, “Ingat Betul DSAI Tadi…”

Sponsored

Semenjak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin menjadi bualan ramai di media sosial malah apa sahaja yang dilakukan PM Malaysia ini akan menjadi perhatian.

Baru-baru ini pula, ramai yang terkejut apabila tular video seorang lelaki menari yang dikatakan mempunyai iras wajah sama seperti DSAI. Malah sekali pandang, ramai yang menyangka itu adalah DSAI sendiri!

Sponsored

Menerusi video yang tular di Tik Tok itu, kelihatan seorang lelaki mengenakan pakaian formal suit sedang menari lagu terbaru dari Meghan Trainor yang menjadi siulan anak muda kini.

@mikhailhanafi

since yall keep saying i look like anwar #DSAI #ge15

♬ original sound – mik – mik

Oleh kerana wajahnya yang dikatakan mirip dengan DSAI, lelaki itu telah memuat naik videonya menari sehingga membuatkan ramai keliru melihatnya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat persamaan yang ada.

Sponsored

“Ya Allah ingat betul DSAI tadi. Mengucap panjang aku tengok hahaha.”

DSAI

“Senang betul aku kena gula gula.”

Sponsored
'filter'

“Terkejut fikir DSAI menari, cepat-cepat capai spek.”

lelaki
Hanya ‘filter’ semata-mata

Namun difahamkan, itu semua hanyalah suntingan semata-mata di mana lelaki itu menggunakan ‘filter’ dari aplikasi Snapchat menampilkan wajah DSAI. Malah menurutnya, wajah sebenarnya langsung tidak kelihatan sama dengan Perdana Menteri itu.

@mikhailhanafi

Replying to @anisz (Taylor’s Version) guys its snapchat pls…

♬ Rich Flex – Drake & 21 Savage

Mungkin kerana dia memakai cermin mata, hasil suntingan dari ‘filter’ itu menampakkan dia betul-betul sama dengan DSAI. Dalam masa yang sama, netizen turut tertanya-tanya mengapa aplikasi tersebut mempunyai ‘filter’ dengan wajah Anwar Ibrahim untuk pengguna mereka.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.