Dikecam Selalu Tunjuk Kemesraan, Hana Ismail Nafi Pura-Pura Depan Kamera, “Saya Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri…”

Sponsored

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas Da’i Syed, pengacara Hana Ismail tidak terlepas dari kecaman dan perhatian netizen di media sosial. Malah ada juga yang meluahkan rasa meluat apabila pasangan itu kerap berkongsikan gelagat mesra mereka selepas berkahwin.

Menurut Hana, dia mengakui menggunakan media sosial sebagai medium untuk dia menunjukkan kasih sayang sebenar sebagai pasangan suami isteri dan tidak mahu berpura-pura. Namun kemesraan yang ditunjukkan itu ada kalanya membuatkan ramai berasa meluat dan memberikan kecaman buatnya.

Sponsored

“Sama ada di media sosial atau di dunia realiti kami sama sahaja. Jadi saya tak naklah berpura-pura jarak dengan suami di media sosial sedangkan kami selalu duduk rapat apabila bersama.”

“Saya hanya mahu jadi diri sendiri. Inilah masanya untuk saya tunjukkan kasih sayang terhadap suami. Saya faham apa yang ditunjukkan itu menjadi perhatian kerana kami dikenali.”

Sponsored

Tambah Hana lagi, dia juga mahu menjadi diri sendiri dan inilah masanya untuk dia menunjukkan kasih sayang terhadap suami. Namun dia faham apa yang dikongsikan itu akan menjadi perhatian dan bualan netizen memandangkan mereka dikenali ramai.

Menyentuh mengenai kecaman dan kritikan yang diterima, Hana memberitahu dia langsung tidak mengambil hati dan menerima sahaja mesej-mesej yang dihantar oleh ‘haters’. Baginya, ia bukanlah sesuatu yang senang untuk membuat semua orang suka dengan apa yang dilakukannya.

Sponsored

Tak tertekan ditanya soal anak

Semasa ditanyakan soal zuriat, Hana memberitahu dia dan suami sentiasa menantikan kehadiran cahaya mata yang bakal menjadi penyeri dalam kehidupan rumah tangga mereka. Dia juga tidak berasa tertekan apabila sering kali diajukan soalan mengenai zuriat dan menganggapnya sebagai doa buat dia dan suami.

“Saya tak pernah kisah pun orang tanya soal zuriat kerana itu juga doa buat kami. Suami itu selalu pegang perut dan tanya ‘dah ada isi ke?’. Tindakan itu juga adalah doa.”

Sekadar info, Hana Ismail dan Da’i Syed mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di mana pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Dikhabarkan, pasangan ini bakal mengeluarkan novel mengisahkan tentang perjalanan mereka yang berjudul ‘7 Hari Istikharahku’.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar