Sebelum ini kecoh di media sosial apabila ada yang mengatakan isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar sedang mengandung namun tidak dapat dipastikan kesahihan berita itu. Malah bapa kepada pengarah filem itu Datuk Yusof Haslam juga tidak memberikan sebarang reaksi semasa ditanyakan tentang isu tersebut.
Terbaru, Ira Kazar berkongsikan beberapa hantaran di Instagram Story di mana dia dan keluarganya dilihat keluar bersama dan melakukan aktiviti ‘indoor’ di sebuah tempat rekreasi. Gelagat wanita itu yang lincah bermain telah menjadi bualan ramai susulan khabar angin yang mengatakan dia kini berbadan dua.
Menerusi video yang dimuat naik semula di Tik Tok, Ira dilihat bermain bola gelembung dan ditolak oleh adik lelakinya. Melihatkan aktiviti lasak yang dilakukannya ini, netizen mempersoalkan semula sama ada benar tentang dakwaan Ira sedang mengandung ataupun itu hanyalah khabar angin semata.
Reaksi netizen
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang dikongsikan netizen susulan perkongsian yang dimuat naik oleh isteri Syamsul Yusof ini. Malah ada juga yang meluahkan rasa risau sekiranya wanita itu benar-benar sedang mengandung semasa melakukan aktiviti lasak itu.
“Mana ada mengandung kawan tu.”
“Aku kalau mengandung alahan teruk tak mau dengan benda gini. Tapi betul lah lain orang lain rasanya.”
“Berani betul tak takut gugur ke.”
Walau bagaimanapun, ada yang percaya dakwaan itu tidak benar dan hanyalah khabar angin yang berlegar di media sosial. Sekadar info, Syamsul Yusof dan Ira Kazar telah selamat mendirikan rumah tangga di Thailand selepas beberapa kali nama mereka dikaitkan bersama.
Manakala kemelut rumah tangga di antara Syamsul dan isteri pertamanya masih lagi belum berkesudahan namun Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya. Sebutan pertama kes mereka akan berlangsung pada 7 Mac yang akan datang.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.