Dirakam Pergi Konsert Dengan Watie, Ini Reaksi Shuib, “Kalau Dulu Sorok-Sorok Orang Marah…”

Sponsored

Baru-baru ini, Shuib dilihat menghadiri konsert Lah Ahmad bersama Watie yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelawak itu. Kemunculan pasangan ini di konsert tersebut kemudiannya meraih perhatian netizen dan menjadi bualan ramai di media sosial.

Susulan isu yang hangat diperkatakan ini, Shuib tidak menafikan dia menghadiri konsert pada Sabtu lalu bersama-sama wanita tersebut. Menurutnya, itu merupakan kali pertama dia keluar berdua dengan Watie tanpa ditemani anak-anaknya.

Sponsored

Tambahnya lagi, mereka mengambil keputusan untuk menghadiri konsert itu selepas menerima tiket konsert yang diberikan oleh Lah Ahmad pada saat-saat akhir. Sebelum ini, tular di media sosial video dan gambar Shuib bersama Watie di konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert.

“Kalau dulu sorok-sorok orang marah, daripada haritu lagi saya sudah beritahu saya sedang berkawan dengannya. Tapi bila keluar bersama, masih ada pertikaikan. Jujur saya beritahu, itu kali pertama saya keluar berdua dengannya. Selalunya memang ada anak-anak bersama kami.”

Sponsored

Sudah ada perancangan

Dalam masa yang sama, Shuib menjelaskan dia sudah pun mempunyai perancangan lain untuk ke fasa seterusnya namun masih belum menetapkan masanya. Malah, ibunya juga sering bertanyakan tentang hubungan mereka itu memandangkan anak bongsunya, Ayash sudah semakin membesar.

“InsyaAllah kalau ikutkan mak saya tu nak cepat sebab dia fikirkan Ayash. Ayash dah makin besar. Sekarang Ayash pun dah nak pandai jalan. Watie pun tak ada masalah sebab dia pun pernah jaga Ayash.”

Sponsored

Namun buat masa ini, bapa kepada empat orang anak ini memberitahu dia mengharapkan orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk mereka. Tambahnya, dia pasti akan mengumumkan kepada semua sekiranya sudah mempunyai tarikh yang sesuai.

Sekadar info, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada Ogos 2021, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir selepas menerima jangkitan Covid-19 dan sempat melahirkan anak bongsu mereka, Ayash Affan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar