Disangkakan Video Romantis Lisa Surihani Dan Yusry, Tapi Pengakhirannya Plot Twist Habis!

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini media sosial terlalu ‘panas’ dengan kisah keretakan rumahtangga yang mengaitkan pasangan selebriti. Biarpun begitu, ada juga selebriti yang memuat naik pelbagai ucapan terima kasih dan menghargai pasangan masing-masing.

Namun begitu lain pula buat pelakon, Lisa Surihani yang baru-baru ini memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya. Di awalnya disangkakan video romantis Lisa Surihani dan Yusry.

Sponsored

Manakan tidak Yusry dilihat sedang bermain piano dan isterinya, Lisa menghayati muzik dimainkan. Namun babak romantis berakhir apabila mereka terhidu sesuatu dan terus ke dapur.

Rupa-rupanya masakan Lisa terhangus di dapur! Lebih tak disangka rupanya video tersebut adalah kolobrasi bersama jenama daging perap popular. Berikut adalah perkongsian disangkakan video romantis Lisa Surihani dan Yusry tersebut:

Sponsored

Memang plot twist habis! Di ruangan kapsyen, Lisa memberitahu yang suaminya, Yusry dah jarang mahu masuk dalam video.

“Dah jarang suami kita nak masuk dalam video. Sekali masuk banyak hal pula terjadi. I’m sorry sayang”

Sponsored

Apa-apa pun perkongsian video kedua-dua selebriti yang juga suami isteri ini telah mencuri perhatian ramai. Di ruangan komen, rata-rata warganet akui terhibur dengan gelagat pasangan ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Alahai tak puasnya tengok Lisa dengan Yusry ni..kelakar plak tu..Sangat2 terhibur. Post la banyak lagi video berdua please”

“Yusry lama oh tak nampak berlakon. Mengamit memori!”

“Tak sekarang ni saya nak tanya, kenapa comel sangat dua orang dalam video ni?”

“Ya Allah kenapa aku malu2 sendiri, senyum2 sendiri. Sweet betul lah. Ahaha lambat sangat tunggu Lisa suap Yusri”