Ditanya Macam Mana Nak Dapat Suami Kacak, Jawapan Maryam Buat Ramai Terhibur, “Kalau Saya Tahu…”

Sponsored

Pasangan personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae terkenal dengan konten yang sering dimuat naik di saluran DurianKimchi. Wanita yang berasal dari Korea Selatan ini juga sering muncul di beberapa program televisyen tanah air.

Selain itu, Maryam juga sering berinteraksi dengan pengikutnya di media sosial yang selalu terhibur melihat telatahnya. Baru-baru ini pula, Maryam menjawab pertanyaan dari pengikutnya semasa dia melakukan sesi ‘live’ di platform Tik Tok.

Sponsored

Seorang pengikut bertanyakan kepada Maryam tentang tips untuk mendapatkan suami yang kacak. Sebaik sahaja dia membacakan soalan tersebut, Maryam terus berseloroh menjawab dia bertanyakan soalan itu kepada orang yang salah.

“Hmm, itu kalau saya tahu you think (awak rasa) saya kahwin dengan Nik Muhammad Ryzal?”

Sponsored
@qijama

Pecah perut tgk live dia 🤣🤣 Abaikan suara aku 🤣🤣 Abaikan jgk caption yg salah2 tu hahaa #duriankimchi #maryam #rizal #CapCut

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Dengan nada berseloroh, Maryam memberitahu sekiranya dia tahu mengenai tips tersebut pastinya dia tidak akan berkahwin dengan suaminya kini. Tidak cukup dengan itu, Maryam menambah jika dia tahu cara untuk mendapatkan lelaki kacak, dia pastinya sudah berjaya mendapatkan lelaki kacak seperti selebriti Korea Selatan.

Video yang dimuat naik itu kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan reaksi jujur dari Maryam ini. Selepas video tersebut menjadi perhatian ramai, Maryam turut meminta orang ramai untuk tidak ‘tag’ suaminya di ruangan komen.

Sponsored

“Hahaha dia kutuk suami dia gitu je.”

“Menangis kat penjuru katil Ryzal tu.”

“Salah orang tanya, adoi maksudnya suaminya tak handsome.”

Sekadar info, pasangan ini mula terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi saluran DurianKimchi yang dimiliki mereka. Semenjak itu, Ryzal dan Maryam menjadi perhatian ramai yang tertarik melihat gabungan budaya Malaysia dan Korea Selatan dalam kehidupan harian pasangan ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok