Ditanya Soal Nikah, Shila Amzah Minta Tunggu Dulu, “Braces Ubai Pun Lagi Tiga Tahun Baru Boleh Buka…”

Sponsored

Penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan personaliti media sosial, Ubai. Walaupun mempunyai 8 tahun perbezaan umur, penyanyi itu mengakui kedua-dua mereka mempunyai banyak persamaan.

Difahamkan, Ubai mula mengenali Shila sejak tahun 2011 dan mula rapat pada tahun lepas semasa penyanyi itu melalui detik sukar dalam hidupnya. Menerusi sesi ‘live’ di Instagram semalam, Shila menjawab soalan netizen yang bertanyakan sama ada mereka mempunyai sebarang rancangan untuk berkahwin.

Sponsored

Namun bagi Shila, sekarang bukanlah masanya untuk dia bercerita tentang perkahwinan kerana dia mahu memberikan tumpuan kepada anaknya, Seth Uwais yang kini berumur tiga tahun. Shila berkata sekurang-kurangnya dia mahu menunggu sehingga anaknya itu sudah pandai bercakap.

“Saya masih muda. Berhenti tanya saya bila akan berkahwin lagi. Saya mahu bekerja, cari duit. Saya kena ada simpanan sendiri sebelum berkahwin.”

Sponsored

Shila turut berseloroh mengatakan jika mereka mahu ke arah yang lebih serius lagi, sekurang-kurangnya perlu menunggu sehingga pendakap gigi atau braces yang dipakai oleh Ubai sudah boleh dibuka dalam masa tiga tahun lagi.

“Lagipun braces Ubai pun lagi tiga tahun baru boleh buka. Jadi jangan bahas tentang pernikahan.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Shila memberitahu dia mahu membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu buat masa ini sebelum membahagiakan hati orang lain. Terdahulu, penyanyi itu mendedahkan dia mula rapat dengan Ubai sejak setahun lalu bermula dengan insiden kemalangan skuter.

Shila memaklumkan hubungannya bersama Ubai juga telah mendapat restu dari kedua ibu bapa dan kenalan rapatnya. Sekadar info, Shila Amzah telah bercerai dengan suaminya pada Februari 2022 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberkosmo