Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila tular video lama memaparkan bendera Malaysia dan negara yang tidak wujud, Israel dikibarkan bersama di atas tiang sebuah bot. Penularan video ini turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Isu ini juga turut mendapat perhatian Caprice apabila ramai yang memintanya untuk mengulas mengenai perkara tersebut. Dalam video yang dikongsikan semula itu, kelihatan beberapa individu dipercayai rakyat Malaysia sedang menyanyikan lagu Negaraku.
Walau bagaimanapun, perkongsian dari Caprice itu telah menerima kritikan dari segelintir individu yang mengatakan penyanyi rap itu tidak membuat ‘research’ dan berkongsikan video lama. Menurut individu itu, video tersebut adalah video lama dan dia meminta Caprice untuk memeriksanya terlebih dahulu.
“Ada terbaca ni video lama. Periksa dulu sebelum sebar. Sebagai golongan influencer jangan mudah percaya fitnah dan propaganda.”

Tidak hanya mendiamkan diri, Caprice tampil mempertahankan dirinya apabila dia terlebih dahulu sudah mengatakan video tersebut sememangnya video lama. Dia turut menegur individu tersebut untuk melihat videonya itu dengan betul-betul dan tidak sembarangan menuduhnya begitu.
“Kau pulak tak reti tengok video eh? Dalam video pun dah cakap ni video lama sekarang ni siapa yang bodo?”

Difahamkan, pihak berkuasa telah pun membuka satu kertas siasatan susulan penularan video tersebut di media sosial. Tambahan pula, video tersebut turut digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan provokasi dalam kalangan masyarakat.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.