Saban tahun, ramai dan banyak juga syarikat yang menganjurkan majlis berbuka puasa. Ada yang menjemput rakan dan keluarga, malah ramai juga yang mengambil peluang ini untuk beramal dengan menjamu anak-anak tahfiz dan yatim piatu.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran dan persembahan artis tempatan. Bagaimanapun, baru-baru ini majlis berbuka puasa anjuran Universal Music telah mencuri perhatian ramai.
Dalam satu perkongsian oleh seorang pengguna media sosial, satu suasana majlis berbuka puasa telah menjadi bualan ramai. Namun apa yang mencuri perhatian ramai apabila didakwa sekumpulan pelajar tahfiz nampak serba salah menyaksikan persembahan kumpulan Dolla.
Dalam perkongsian yang memaparkan Dolla buat persembahan di majlis berbuka puasa itu, individu ini menulis kapsyen seperti berikut:
“Kejung anak-anak tahfiz tengok Dolla perform Raya Raya Raya”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui persembahan tersebut kurang sesuai dipertontonkan kepada pelajar tahfiz. Malah ada juga yang seakan memahami perasaan pelajar tahfiz ini menyaksikan persembahan Dolla di majlis berbuka puasa berkenaan.
“Baik kawan dia tegur member dah dah jangan tengok perempuan”
“Lah…mungkin majlis akan nampak nice kalau dia buat ala akustik gitew so cam kena lah sikit dengan gaya tetamu dan majlis. Serba salah pulak adik tu pun”
“Tapi pihak Tahfiz dah maklum ni majlis Universal Music, mereka boleh tolak kalau tak nak”