“Ehh takutnya”- Uyaina minta ‘menantu’ dari Fiza Sabjahan sampai terkejut

Sponsored

Wanita Hari Ini (WHI) merupakan satu rancangan temubual yang sehingga sekarang masih sahaja menjadi rancangan kegemaran penonton di siaran TV3. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini ramai akui semakin seronok menonton Wanita Hari Ini (WHI) disebabkan konsepnya yang dilihat semakin ‘kecoh’.

Ini kerana di media sosial juga sering tular rakaman video hos Wanita Hari Ini (WHI) yang sporting gelak dan mengusik antara satu sama lain. Terutama hos dikenali sebagai Uyaina Arshad dan Fiza Sabjahan dimana telatah dua hos yang sering digandingkan bersama ini mengundang tawa ramai.

Sponsored

Malah kali ini juga mereka lagi yang mengundang tawa warganet apabila gelagat kedua-dua hos WHI ini menarik perhatian ramai juga di media sosial. Uyaina Arshad difahamkan mengusik Fiza Sabjahan memintanya ‘menantu’ sehingga rakan hosnya itu terkejut.

Fiza Sabjahan juga sempat berkata takut dengan pemintaan Uyaina Arshad yang mana gelagat kedua-duanya mendapat pelbagai komen lucu warganet.

Sponsored

“Dia nak menantu macam oder makanan dekat bazar,” kongsi whitv3malaysia_official yang mana melalui ruangan komen pula netizen tercuit hati melihat wajah Fiza Sabjahan yang terkejut dan dalam pada masa sama takut dengan pemintaan rakannya itu.

“Depan-depan dia bagi”

Sponsored

“Aaa pernah dengar la Fiza cakap dulu lambeert lagi”

“Hahaha nasib mak saya pun tak pernah tanya tapi mak-mak sedara je”