“Eleh aku pun takde camni”- Jadi tumpuan ramai, video ‘sweet’ Reen Rahim & suami ditonton lebih sejuta kali

Sponsored

Selamat disatukan sebagai pasangan suami dan isteri, pelakon Reen Rahim dan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Encik H atau nama sebenarnya Ahmad Nur Hazim Zainal tidak henti-henti nampaknya menjadi tumpuan ramai. Manakan tidak, Reen Rahim yang lebih popular kerana bakatnya dan jarang terpalit kontroversi menyebabkan ramai tumpang bahagia dengan berita tersebut.

Selepas selama ini berahsia, Reen Rahim telah mendedahkan suaminya itu di majlis perkahwinan mereka yang berlangsung baru-baru ini. Suami kepada pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini, Ahmad Nur Hazim Zainal merupakan seorang ahli perniagaan dan penggiat seni.

Sponsored

Disatukan dengan sekali lafaz

Walau bagaimanapun, nampaknya satu muat naik video Reen Rahim di satu platform ini menyebabkan dia menjadi tumpuan lebih sejuta kali ditonton oleh warganet apabila rakaman video dia dan suami membuatkan ramai turut bahagia melihatkan kegembiraannya.

Sponsored

Sweet, itulah antara komen yang ditinggalkan apabila Reen Rahim dilihat sedang berlatih dengan suami dan nampaknya terjadi pula satu momen sweet yang menyebabkan pula ruangan komen dihujani dengan pelbagai seloroh lucu peminat.

Reen Rahim diusik peminat

Sponsored

Selain Reen Rahim dan jejaka pilihan hatinya itu diusik peminat, hantaran Reen Rahim itu juga dengan pantas menarik perhatian ramai dengan dalam pada masa yang sama menerima lebih 120,000 tanda suka ramai.

‘Aloh alohh sweetnya bersemutlah dik’

Reen Rahim

‘Kak hmmm. Malas laa mau benafas bah

‘Tengah makan cocok-cocok ni…’