Elly Mazlein Belanja Suara Nyanyi Lagu Versi Akustik, “Yang Tidak2 Perangai Kak Lina Ni”

Sponsored

Selebriti versetail, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pompom ini sememangnya seorang yang cukup dikenali ramai. Memulakan kariernya sebagai anak seni, Kak Lina Kepom pada awalnya adalah penyanyi sebelum ‘terjun’ ke bidang lakonan dan seterusnya pengacaraan.

Bakatnya bukan calang-calang, dan semakin berusia makin ‘berbisa’ serta menjadi rebutan. Kini Kak Lina Kepom turut menjadi penyampai radio dan kemunculannya setiasa membuatkan ramai terhibur.

Sponsored

Terbaharu satu perkongsian video ini telah membuatkan ramai terhibur. Dalam rakaman tersebut Kak Lina Pompom belanja suara nyanyi lagu versi akustik. Lagu yang dinyanyikan semulanya itu berjudul Cinta nyanyian asal Marsha Milan.

Jom layan dulu video Elly Mazlein belanja suara nyanyi lagu versi akustik yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Era.Je:

Sponsored
@era.je

Amboi garangnyaa haha terlebih feel ni Lina Pom Pom 🤣 @Kakak Lina Pom Poms #sharERA #KEPOMSHOW

♬ original sound – ERA – ERA

Adoi bikin pecah la Kak Lina Pompom! Biarpun nampak bersahaja dan menghiburkan tapi suara nyanyian Kak Lina Pompom ini memang merdu sungguh. Nada tinggi pun selamba ditariknya.

Video Elly Mazlein belanja suara nyanyi lagu versi akustik ini meraih lebih 500 ribu tontonan menerusi aplikasi tersebut. Di ruangan komen pula, rata-rata warganet akui terhibur sungguh dengan gelagat Elly Mazlein ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

Sponsored

“Aku salute tengok Kak Lina Pom Pom ni. Dia betul all out kalau buat sesuatu. Enjoy”

“Kak Lina ni kalau betul2 nyanyi tu memang sedap sangat. No syatu Kak Lina”

“Kak Lina sentiasa menghiburkan..Hilang stress kalau tengok Kak Lina”

“Yang tidak2 perangai Kak Lina ni”

SumberEra.Je