Sejak akhir-akhir ini tersebak dakwaan rumahtangga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila dengan Engku Emran dilanda badai. Menerusi laporan media sebelum ini ada dakwaan dari sumber rapat tidak didedahkan, pasangan suami isteri berkenaan sudah tidak tinggal sebumbung.
Namun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari Nabila yang kini sedang mengerjakan Umrah bersama keluarganya. Terbaharu, menerusi satu video temubual, pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira tak campur urusan rumahtangga bekas suaminya, Engku Emran.
Selebriti popular ini memberitahu yang dirinya tidak ikut campur urusan dan krisis rumahtangga bekas suami dengan pasangannya itu. Katanya juga, Erra tidak mahu anak perempuan mereka, Engku Aleesya terganggu dengan cerita bapanya.
“Saya tidak masuk campur urusan bekas suami saya walaupun ada anak jadi perantaraan antara kami. . Saya tidak pernah bertanya you ada masalah ke apa ke. Tak de..tak de..Apa sahaja yang kami bicara adalah berkaitan tentang anak. Saya menghormati kehidupan dia.
Saya juga menghormati saya tak nak anak terganggu…Saya pun tahu khabar berita melalui media sahaja,” kata Erra Fazira tak campur urusan bekas suaminya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji jawapan yang diberikan oleh Erra Fazira bila ada yang bertanya perihal terbabit. Berikut antaranya:
“Erra ni paling expert dalam menjaga lisannya depan media. Media boleh pusing macam2 cerita dari sebaris ayat. Tapi Erra lebih bijak dari media”
“Matang jawapan ni. Jawapan seorang yang jujur dalam kehidupan tak pernah nak fake2. Respect si ratu cantik ni love sangat”
“Sedang kan dulu Erra ada masalah rumahtangga tak pernah cerita buka aib sesiapa”
“Betul Erra..Tak yah lah ambil tau..Tak susah duk pening2 fikir”