Nur Fatima Aisya, satu-satunya anak kepada pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin. Anak kecil ini nampaknya mendapat perhatian sama seperti ibu dan bapanya yang cukup terkenal dengan bakat mereka.
Terbaharu, satu rakaman yang memaparkan keletah anak kecil ini telah menjadi perhatian ramai di sosial media. Dalam satu perkongsian tersebut kelihatan Fatima anak Fazura sedang berada dalam situasi kurang menyenangkan.
Fatima dilihat sedang menangis sambil memegang biskut coklat di tangannya. Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah Fatima seakan sedang tertawa sambil menangis.
Berikut adalah rakaman yang dimuat naik oleh akaun TikTok dengan nama Fazuraofficial ini:
Keletah Fatima yang menangis diselang-seli dengan tertawa tersebut telah membuatkan ramai terhibur dengan gelagatnya. Malah dalam rakaman tersebut juga turut kedengaran ada suara yang tertawa melihat gelagat si cilik tersebut.
Bagaimanapun latar belakang tersebut menunjukkan Fatima seperti berada di klinik atau hospital. Di Instagram milik Fazura, dia memberitahu Fatima baru sahaja selesai mendapatkan suntikan vaksin.
Apa-apa pun berikut antara reaksi warganet mengenai rakaman si cilik ini:
“Fatima pun confuse..Sebenarnya aku nak nangis ke nak ketawa ni”

“Fatima cakap ‘kenapa kena pilih kalau boleh buat dua2 sekal’ hahaha”

“Pilih satu je Fatimaa. Tak boleh dua2. Melanggar hukum”

“Owh ni ke yang orang selalu cakap nak nangis nak ketawa”
