‘Feeling’ sampai terpeleot, gelagat Ummi Nazeera cuit hati ramai- “Tau tak comellll”

Sponsored

Pada 2 Disember lalu telah berlangsungnya Festival Filem Malaysia (FFM32) di Encore, Melaka yang mana ia turut dihadiri oleh ramai selebriti tanah air. Tentu sahaja penampilan mereka antara yang menjadi tumpuan dan ternyata salah seorang pelakon hebat, Ummi Nazeera ini juga hadir dengan mengayakan warna serba hijau di anugerah tersebut.

Ummi Nazeera umum diketahui merupakan pelakon hebat dalam industri lakonan tanah air malah pada tahun ini, dia antara pelakon yang meninggalkan kesan hebat dalam dunia lakonan selepas membawa watak sebagai Hayfa dalam drama berjudul Risik Pada Hati.

Sponsored

Pelakon hebat sering terima pujian

Jadi tidak mustahil jugalah, dia sering menjadi sorotan ramai di media sosial. Malah Ummi Nazeera juga semakin aktif di media sosial miliknya dan berkongsikan beberapa momen ketika dia menghadiri Festival Filem Malaysia (FFM32) di Encore, Melaka baru-baru ini.

Sponsored

Dia yang dilihat hadir bersama suami, Dr Mohd Izzar Anwari bagaimanapun terjadi pula satu momen yang menghiburkan dirinya juga apabila asyik feeling berjalan, Ummi Nazeera terpeleot dan menyebabkan tindakan pantas suaminya juga mencuri tumpuan ramai.

“Feeling sampai terpeleot,” ujar Ummi Nazeera yang mana diruangan kapsyen juga dia terhibur dengan kejadian tersebut. Netizen dan peminat bagaimanapun memenuhi ruangan komen dengan pelbagai reaksi selain turut tercuit hati dengan gelagat comelnya itu.

Sponsored

‘Opss pun cantik’

Ummi Nazeera

‘Comel’

Ummi Nazeera

‘Tetap nampak comel’