Fesyen Artis Baru Muncul Di Televisyen Jadi ‘Bahan’ Penonton, “Hahaha Terpaling Stylo”

Sponsored

Saban hari ada sahaja artis baru yang mencuba tunjukkan bakat dalam industri hiburan tanah air. Menjadi pelapis dalam bidang seni bukanlah mudah untuk ‘menapakkan’ nama dalam industri serta menjadi terkenal.

Selain bakat, sudah tentunya penampilan dan personaliti perlu seiring supaya disenangi oleh ramai orang. Bagaimanapun, baru-baru ini satu perkongsian oleh seorang pengguna TikTok telah menjadi bualan hangat ramai.

Sponsored

Dalam rakaman hasil dari tayangan di kaca televisyen itu dipaparkan artis baru yang sedang menyanyi. Namun begitu gaya pemakaian artis baru muncul di televisyen itu telah jadi ‘bahan’ ramai.

Berikut adalah muat naik oleh seorang pengguna TikTok tersebut yang mempertikaikan gaya fesyen artis baru berkenaan:

Sponsored
@jaszmint83

Makin xpaham bbnu..pakat nk jadi artis sampai fesyen pun jadi tak kwtahawan hala dah..imej la sgt lagu tu..pakai skarf buat tudung..adeeh🤦‍♀️🤦‍♀️🤣🤣🤣 #tv1 #sudah2laambikartisygntahhapa2#pakatgilankglamer #sampailagutu #adeeh #fypシ゚viral #foryoupage #fyp

♬ bunyi asal – Indah Jaszmine – Indah Jaszmine

“Ni artis sapa ni? hang pakai tudung ka skarf ke apa ni?”. Ini antara persoalan lelaki tersebut bertanyakan tentang gaya fesyen penyanyi itu yang nampak agak pelik berkenaan.

Di ruangan kapsyen, pengguna TikTok yang berkongsikan video fesyen artis baru muncul di televisyen ini menulis seperti berikut:

Sponsored

“Makin xpaham bbnu..pakat nk jadi artis sampai fesyen pun jadi tak kwtahawan hala dah..imej la sgt lagu tu..pakai skarf buat tudung..adeeh”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat lelaki ini dan meninggalkan reaksi mereka itu seperti berikut:

“Hahahah Ya Allah terpaling stylo”

“Back to gaya mak cik2 pakai tudung 80 an”

“Dia salah ikat kot tu. Patut ikat belakang”

“Tv3 pun sama gak jemput ntah sesiapa tak tau hala punca”

SumberTikTok