Fizz Fairuz Tak Kisah Biar Ada Yang Kritik Almy Nadia Nampak ‘Berisi’, Sempurna Di Matanya

Sponsored

Baru-baru ini pelakon popular, Datuk Fizz Fairuz meluahkan menerima keadaan fizikal isterinya, Datin Almy Nadia sedia adanya. Malah Fizz Fairuz tak kisah dan menganggap Almy Nadia sebagai isteri sempurna kerana bijak menguruskan anak-anak dan rumahtangganya.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan ada segelintir netizen bermulut ‘puaka’ mengkritik fizikal Almy Nadia yang dikatakan semakin berisi dari zaman sebelum memiliki cahaya mata. Selain itu Fizz Fairuz tak kisah langsung mengenai perkara tersebut kerana dia sebagai suami terima isteri seadanya.

Sponsored

Ada yang kritik fizikal Almy Nadia

Memetik laporan Kosmo!, biarpun pelbagai kritikan timbul namun bapa kepada empat anak ini mengakui tetap mencintai dan menyanyangi Almy Nadia sepenuh hati.

“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah. Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik,” ujar Fizz Fairuz. 

Sponsored

Beri galakan turunkan berat tapi dengan cara yang sihat

Tambahnya lagi pelbagai cadangan dan saranan dari orang sekeliling untuk isterinya itu menurunkan berat badan dan sudah semestinya Fizz Fairuz memberikan galakan tetapi mestilah dengan cara yang betul dan sihat.

Almy tidak mahu pembantu rumah

Mengulas lanjut mengenai cara potong usus untuk menurunkan berat badan, Fizz Fairuz berpendapat agak sukar kerana dalam proses sembuh yang mengambil masa dua minggu, urusan anak-anak perlu diutamakan.

Sponsored

Tambahan lagi kini mereka ada anak yang masih menyusu badan serta perlu uruskan anak-anak ke sekolah. Selain dari itu juga, Fizz Fairuz turut menjelaskan yang isterinya itu tidak mahu ada pembantu rumah dan mahu menguruskan rumah mereka sendiri.

SumberKosmo!