Foto isteri Haqiem Rusli dukung bayi disangka betul oleh peminat, “Serius ingat betul diam2”

Sponsored

Pasangan sama cantik, sama padan iaitu penyanyi popular Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea tidak pernah terlepas daripada menjadi perhatian peminat. Malah selepas mendirikan rumah tangga, isteri Haqiem Rusli juga sering menjadi sorotan ramai.

Selepas disatukan sebagai pasangan suami dan isteri pada November tahun lalu, Anis Sofea dan Haqiem Rusli sering menjadi tumpuan dengan soalan soal anak apabila terdahulu, Anis Sofea juga pernah didakwa hamil berikutan satu foto yang dikatakan kelihatan baby bump. Walau bagaimanapun ia dinafikan oleh Anis Sofea.

Sponsored

Isteri Haqiem Rusli jadi perhatian lagi

Namun begitu, nampaknya satu perkongsian Anis Sofea diruangan Instagram menyebabkan ada yang tersalah sangka. Anis Sofea dilihat mendukung bayi yang difahamkan baru dilahirkan. “Alhamdulillah,” ujarnya ringkas diruangan kapsyen.

Sponsored

Hantaran tersebut berserta kapsyen Anis Sofea sekali gus membuatkan ada yang tertanya-tanya bayi tersebut anak siapa memandangkan ada juga yang mengucapkan tahniah buatnya diruangan komen. Anis Sofea dalam tiga keping foto dikongsikannya juga kelihatan tersenyum gembira sambil mendukung seorang bayi.

Anis Sofea

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan bayi tersebut merupakan anak kepada sepupunya dan menjengah ke ruangan komen, Anis Sofea dihujani pelbagai reaksi.

Sponsored

‘Serius ingat betul diam-diam. Semoga berjangkit aminn’

‘Anis ni baby Mya ek, comelnya. Mya tu cousin awak ke??’

‘Anak siapa tu’

‘Sorry Pia, awak tak berjaya gula-gulakan saya’

Haqiem Rusli
Haqiem Rusli