Pelantun suara bagi judul lagu Peluang Kedua, Nabila Razali ini nampaknya menjadi bualan hangat selepas laman Instagram miliknya hanya tinggal gambar suasana perkahwinan.
Tiada angin dan ribut, laman sosial Nabila Razali itu menjadi tanda tanya ramai apa yang berlaku sebenarnya.
Susunan foto dalam bentuk kolaj dengan paparan seakan meraikan hari bahagia ini telah menjadi perhatian ramai. Malah lebih mencuri perhatian ramai apabila perkongsian di Instagram Stories milik penyanyi ini dipenuhi dengan gambaran satu majlis yang diadakan di tepi pantai.
Perkongsian yang dimuat naik oleh Nabila Razali ini bagaimanapun ditutup bahagian komen meninggalkan tanda tanya ramai.
Apatah lagi apabila di ruangan profile tertulis nama sebenarnya seperti berikut:
‘Nabila Aulia ♥️ Aisy Mateen’
Kesemua ini meninggalkan tanda tanya peminat dan netizen yang melihat muat naik menerusi laman sosial milik penyanyi dan pelakon tersebut.
Bagaimanapun, di ruangan Instagram Stories turut dipaparkan foto Nabila Razali bersama MK K-Clique. Berikut antara yang Foto Nabila Razali dimuat naik di ruangan tersebut:
Menerusi laporan Kosmo!, Nabila Razali atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali menyatakan yang dia kini sedang menjalani pengambaran dan minta diberikan masa.
Tindakan tersebut sekaligus menimbulkan tanda tanya peminat sama ada Nabila Razali telah menjalankan perkahwinan secara rahsia. Korang rasa apa yang berlaku sebenarnya? Atau mungkin lagu baru nak keluar rasanya ini. Sama-sama kita nantikan penjelasan penyanyi tersebut.
Sumber: Kosmo!