Fuad Rahman Perjelas Hubungan Dengan Bekas Isteri, “Kami Bercerai Dengan Cara Baik.Tiada Kaitan Dengan Tom”

Sponsored

Sejak berakhirnya rancangan Gegar Vaganza, kemesraan hubungan peserta Fuad Rahman dan Tom menjadi bualan hangat warganet. Juga turut tular satu rakaman memaparkan dua peserta ini bergurau senda ketika di belakang pentas membuatkan ada yang tertanya-tanya hubungan mereka.

Selain dari itu foto mesra Fuad Rahman bersama Tom yang dimuat naik sendiri oleh anak kelahiran Singapura ini turut menjadi bualan hangat peminat dan netizen.

Sponsored

Setelah pelbagai spekulasi, akhirnya Fuad Rahman perjelas hubungan dengan bekas isteri. Dalam satu video yang dimuat naik menerusi akaun Facebook penyanyi lelaki ini dan kemudiannya dikongsikan semula di Tiktok Tom, Fuad jelaskan hubungannya dengan bekas isteri.

Berikut adalah rakaman Fuad Rahman perjelas hubungan dengan bekas isteri ini:

Sponsored
Menurut Fuad, dia dan bekas isterinya itu sudah tiada apa-apa hubungan. Katanya dia dan individu tersebut bercerai secara baik.

“Aku dan bekas isteri memang takde apa-apa. Kalau korang tak percaya pun kami bercerai dengan cara baik. Aku just nak clarify dengan korang.. kepada netizen-netizen, please la korang jangan…ini penceraian aku dengan isteri aku takde kena mengena dengan Tom. Korang jangan babitkan dia. Dia perempuan ada perasaan dia pun manusia…

Aku merantau dekat negeri orang seorang diri. Tom yang jaga makan minum aku. Jangan letak dekat IG tentang benda yang tak sahih. Nak jaga maruah Tom je. Itu je lah yang aku minta.” jelas Fuad menerusi video tersebut.

Sponsored

SumberTom