“Fuhhh kemain kek”- Video majlis resepsi Reen Rahim tular, ‘kelibat’ kek bikin netizen terkedu

Sponsored

Meskipun sudah beberapa hari berlalu pasangan sama cantik, sama padan iaitu Reen Rahim dan jejaka pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Zainal yang disatukan pada 24 December 2022, kemeriahan dimajlis penikahan dan resepsi masih sahaja hangat diperkatakan ramai.

Mana tidaknya, keseluruhan yang ada di majlis Reen Rahim dan pasangannya itu cukup menarik dari segi pelamin, dekorasi sehinggalah kek dan juga gift buat tetamu jemputan yang hadir. Malah rekaan busana di majlis resepsi Reen Rahim apabila dia mengayakan hasil daripada pereka terkenal, Rizman Ruzaini membuatkan dia tidak henti-henti tular di media sosial.

Sponsored

Majlis resepsi Reen Rahim jadi bualan ramai

@munirahfuzi

Replying to @iela_mazila doorgift resepsi pun nak mewah juga! dalam ada mix fruit nuts tau. #hazreentilljannah #doorgiftkahwin

♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar

Walau bagaimanapun, nampaknya selepas busana terdapat pula satu perkara lagi yang membuatkan netizen terpegun melihat sesuatu yang cukup rare di majlis pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu apabila memaparkan sebuah kek.

Sponsored

Bukan calang-calang pula rekaan kek di majlis Reen Rahim itu yang menarik tumpuan ramai apabila dilihat dalam satu rakaman video yang dikongsikan itu yang mana ia turut memaparkan suasana sepanjang majlis Reen Rahim yang diraikan ramai. Dalam pada itu menjengah pula ke akaun Instagram adorenchantiquecakes memaparkan beberapa foto yang membuatkan kek di majlis resepsi pelakon tersebut dipuji ramai.

Muat naik video tersebut bagaimanapun menarik perhatian ramai dengan ditonton ribuan kali menerusi perkongsian tersebut.

Sponsored

‘Fuhh, kemain kek’