Terdapat banyak pujian yang diberikan oleh pelancong asing terhadap keindahan Malaysia dan cara hidup rakyat tempatan, dan ini bukanlah sesuatu yang baru.
Namun, seorang wanita warga asing telah melihat keunikan Malaysia dari perspektif yang berbeza, iaitu melalui waktu matahari terbit.
“Tengok ni, tengok ni… pukul 7.30 pagi tapi matahari masih belum terbit. Masih gelap di luar.
“Itu bermakna saya boleh menyaksikan matahari terbit setiap hari dan masih boleh tidur,” kata wanita yang berasal dari Australia itu.
Mia Chloe, warga Australia, membandingkan Malaysia dengan negaranya yang terkenal dengan kangaru, di mana matahari terbit hanya bermula seawal pukul 6 pagi.
Fenomena semulajadi ini membuatkan Mia Chloe terkagum-kagum dengan ‘keajaiban’ di Malaysia.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terutama dalam kalangan rakyat Malaysia berkongsi pandangan mereka mengenai gaya hidup di negara ini.