Sebelum ini, pengacara dan usahawan Neelofa mencuri perhatian ramai apabila dia menggunakan kerusi roda semasa tiba di lapangan terbang. Rakaman yang tular itu kemudiannya menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya sehingga ada yang mengatakan selebriti itu kini hamil anak kedua.
Nampaknya khabar angin itu kembali menjadi sebutan warganet apabila muncul pula video terkini semasa Neelofa sedang mengikuti sebuah penggambaran. Menerusi video yang dimuat naik ini, kelihatan Neelofa dan suaminya, PU Riz sedang mengikuti penggambaran untuk produk mereka.
Gara-gara memakai ‘dress’ bertali belakang, ramai yang menyimpulkan Neelofa kini sedang mengandung kerana busana itu biasanya digayakan oleh wanita hamil. Turut dapat dilihat, Neelofa menggayakan busana berwarna hijau lembut semasa penggambaran itu.
Dalam masa yang sama, netizen turut menilai pergerakan Neelofa yang dikatakan kelihatan sukar untuk duduk semasa memberikan cawan kepada suaminya. Perkongsian itu kini telah dihujani ucapan tahniah dari netizen yang mendakwa Neelofa kini sedang hamil anak keduanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira sekiranya benar khabar angin yang kecoh diperkatakan sebelum ini. Malah ada juga yang menganggap mungkin juga Neelofa tidak mahu berkongsikan lagi berita gembira itu kepada umum kerana masih berada pada fasa awal.
“Bilal nak ada adik…”
“Rasanya lofa mengandung pulak ni.”
“Biasa kalau ikat dress belakang tu ada baby.”
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz selamat disatukan pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal. Sebelum ini, timbul desas desus Neelofa kini berbadan dua selepas dilihat menggunakan kerusi roda semasa tiba di lapangan terbang Brunei.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.