Pelakon Datin Paduka Eina Azman mengejutkan ramai baru-baru ini apabila memuat naik videonya sedang menangis di Instagram. Malah dia juga turut berkongsikan kapsyen yang mengatakan seolah-olah dia berasa kecewa apabila dirinya tidak dihargai.
Susulan perkongsian itu, ramai yang menyangka pelakon itu sedang berhadapan dengan kemelut rumah tangga bersama suaminya. Pelakon itu kemudian tampil memberi penjelasan dan mengakui ada sesuatu yang mengganggu fikirannya namun baginya kehidupan masih perlu diteruskan.
Tular video lama
Memandangkan pasangan ini kini menjadi perhatian netizen, tular sebuah video di platform Tik Tok memaparkan Eina Azman dan suaminya semasa bercuti bersama keluarga. Apa yang menjadi bualan ramai ialah suami pelakon wanita itu dilihat begitu sibuk menggunakan telefon semasa mereka sedang bercuti.
Malah Eina Azman juga sesekali melihat gelagat suaminya yang tidak lepas daripada memegang telefon di tangannya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dengan tindakan para suami yang suka bermain telefon semasa sedang meluangkan masa dengan keluarga.
Dalam masa yang sama, ada yang mengatakan mungkin juga ini merupakan punca Eina Azman berkongsikan luahan hatinya baru-baru ini. Walau bagaimanapun, netizen turut mendoakan rumah tangga pasangan ini berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
“Pantang kalau bercuti or jalan suami main handphone, kadang terus takde mood nak jalan.”

“Ada sebelah pun takde makna sibuk dengan fon je.”

“Video lama-lama tak ada busy dengan phone.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.