Hafidz Roshdi Nafi Sudah Bernikah Sekali Lagi, “Saya Masih Single Dan Available, Itu Semua Fitnah”

Sponsored

Kisah kemelut rumahtangga pelakon kontroversi Hafidz Roshdi bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri terus mencuri perhatian ramai. Kes lafaz cerai baru-baru ini telah dibicarakan di Mahkamah Syariah, namun ada perkara yang menyebabkan ia dilanjutkan lagi.

Bagaimanapun Hafidz Roshdi juga menepis dakwaan yang dirinya sudah bernikah sekali lagi susulan pendedahan Shuhada dalam satu surat terbuka yang dimuat naik di Instagram wanita itu.

Sponsored

“Saya masih single dan available. Insya-Allah jika saya bercerai ni, saya single. Itu semua fitnah,” kata Hafidz Roshdi nafi sudah bernikah sekali lagi.

Begitulah jawapan Hafidz Roshdi nafi sudah bernikah sekali lagi selepas ditanya oleh wartawan yang ditemui di luar mahkamah pada Isnin lalu. Tambahnya lagi isi kandungan dalam surat terbuka yang ditulis oleh Shuhada lalu itu adalah tidak benar dan fitnah belaka.

Sponsored

Terdahalu, Shuhada memuat naik surat terbuka bagi membalas surat terbuka dari Hafidz Roshdi menggesa bekas isterinya itu untuk memohon maaf.

Bagaimanapun dalam isi surat terbuka tersebut, Shuhada menyatakan dia kecewa apabila keluarga belah sana turut membelakangkan dirinya dan membenarkan serta dalam pengetahuan mereka, Hafidz Roshdi sudah bernikah dengan seorang wanita.

Sponsored

“Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya,” tulis Shuhada dalam surat terbuka itu.

Terdahulu, Hafidz Roshdi dikatakan telah melafazkan cerai kepada Shuhada menggunakan panggilan telefon. Sebelum itu Shuhada juga berhadapan keganasan rumahtangga hingga menyebabkan kecederaan di mukanya.

SumberXtra