Hafiz Mahamad Bawa Satu Kapal Terbang Pergi Umrah, Ramai Terinspirasi Dan Kagum! “Terima Kasih Orang Baik”

Sponsored

Jasa dan bakti yang dicurahkan oleh personaliti media sosial dan usahawan dikenali dengan nama Hafiz Mahamad ini telah membuatkan ramai kagum dengannya. Namanya menjadi sebutan ramai selepas setiap kebaikan yang dilakukan dan dimuat naik di media sosial membuatkan ramai akui terinspirasi dengan figura ini.

Hafiz Mahamad yang juga suami kepada Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsikan satu lagi kejayaan yang berjaya dicapai. Muat naik tersebut menceritakan Hafiz Mahamad bawa satu kapal terbang pergi umrah.

Sponsored

Menerusi rakaman tersebut Hafiz Mahamad meluahkan kesyukurannya kerana berjaya melunaskan impian dia dengan isterinya untuk membawa orang ramai pergi umrah.

@hafizmahamad

Ya Allah ! 1 kapal terbang ke Umrah 🥹 Tak boleh nak describe mcmana feeling ni @Syafiqah Aina

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

“Dulu saya pernah cakap dengan Aina, Aina abang nak sampai kita mampu nak sewa satu kapal terbang, bayar tiket kapal terbang untuk bawa pergi ke Umrah…Hari ini depan mata saya awak tengok, ramai..Ada staff, ada team, ada orang-orang susah, OKU dan anak-anak yatim ..Aina isteriku, aku sayang kau..Ini buktinya”

Sponsored

Perkongsian Hafiz Mahamad bawa satu kapal terbang pergi Umrah ini telah membuatkan ramai kagum dengan kejayaan dan impian yang berjaya dicapai oleh usahawan muda tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan terinspirasi dengan apa yang dilakukan oleh Hafiz Mahamad tersebut. Berikut antaranya:

Sponsored

“Meremang bulu roma tengok macam ni. Hope satu hari nanti dapat pegi ke sana”

“Sampai menitis air mata ini menaip atas kejayaan sepasang suami isteri usahawan yang Allah izinkan dalam keadaan begini..”

“The real dunia dan akhirat. Terima kasih orang baik”

“Allahu..Terharunya kalaulah orang kaya kat Malaysia ni buat macam ni. Tercapai hajat mereka2 yang tak mampu ke Tanah Suci..Walau bertahun kumpul duit”