Hanya Belajar Dari YouTube, Video ‘Transition’ Dihasilkan Mak Cik Ini Raih Pujian Ramai

Sponsored

Sekarang ini bukan anak muda sahaja yang aktif mengunakan media sosial malah generasi ‘otai’ juga turut sama aktif di mana-mana platform media sosial. Baru-baru ini, seorang mak cik menjadi bualan ramai selepas dia berjaya menghasilkan video ‘transition’ yang dimuat naik di platform Tik Tok.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan seorang mak cik yang menunjukkan hasil ‘transition’ yang dilakukan di mana ianya kelihatan sangat cantik dan ‘smooth’. Untuk makluman, video ‘transition’ memerlukan suntingan video yang sangat teliti untuk mendapatkan hasil yang nampak menjadi di mata penonton.

Sponsored

Difahamkan, mak cik tersebut hanya mempelajari cara menyunting video itu di YouTube sahaja memandangkan cucu-cucunya kini berada di Kuala Lumpur dan tidak dapat mengajarnya. Hasil ‘transition’ yang dilakukan ini telah menjadi bualan ramai yang rata-ratanya terkejut apabila mendapat tahu ia dilakukan sendiri oleh warga emas itu.

@fadzilahmohdani

Nenny tengok youtube sendiri,nak harap cucu depa kat KL🥲 #usahasendiri #fyp

♬ original sound – XVX – XVX

Perkongsian video itu juga turut meraih pujian ramai terutamanya golongan muda yang turut sama berminat ingin mempelajarinya. Malah ada yang berseloroh mengatakan mereka sendiri tidak dapat menghasilkan video ‘transition yang begitu ‘smooth’ seperti ini.

Sponsored

“Masalahnya smooth tu mak cik.”

“Smooth gila weh aku pun tak reti…”

“Boleh tak acik ajar macam mana nak buat transition smooth macam ni?”

Setakat ini, video yang dimuat naik di platform Tik Tok tersebut telah pun meraih hampir sejuta tontonan. Rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa kagum melihat gelagat mak cik ini yang begitu gigih mempelajarinya sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sponsored