Chef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob baru-baru ini menjadi bualan warganet selepas video dia menghidang manisan tular dikongsikan. Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram Hlive, kelihatan para media disajikan dengan hidangan manisan yang disediakan sendiri oleh chef selebriti ini.
Di dalam video tersebut, Chef Fazley dilihat sedang tekun menyiapkan hidangan manisan atau pencuci mulut di atas meja yang dipanggil sebagai ‘sweet table’ ini. Di atas meja yang kosong itu, chef selebriti ini kemudian mula menghias satu persatu hidangan manisan untuk disajikan.
Namun video itu telah menerima kecaman hebat dari warganet yang berasa kurang senang melihat tindakan chef selebriti itu mencampakkan makanan di atas meja. Sehinggakan ada yang mengatakan cara penyediaan tersebut sebagai tidak beradab dan tidak menghormati makanan sebagai rezeki.
Terima kecaman netizen
Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam cara penyediaan chef selebriti itu apabila dia dilihat mencampakkan makanan ke atas meja beberapa kali. Malah tindakannya itu turut membuatkan pelanggan yang menonton berasa terkejut melihatnya.
Sehinggakan ada yang berseloroh menyamakan perbuatannya itu seperti gaya memberi makanan kepada ayam sahaja. Ada juga yang mempersoalkan sama ada perlu untuk Chef Fazley mencampakkan manisan di atas meja seperti itu.
“Macam bagi ayam makan campak-campak gitu.”
“Adab hidang makan hilang, main campak-campak pulak…”
Dalam masa yang sama, ada juga yang berpendapat ini hanyalah satu bentuk seni yang biasa berlaku dalam bidang kulinari. Sebaliknya pelanggan hanya perlu menikmati sahaja hiasan manisan yang disiapkan oleh chef kerana mereka pastinya lebih tahu apa yang mereka lakukan.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.