Hidayah Sedih Tak Boleh Masuk Rumah Tinggalan Arwah Abam, ‘Pihak Sana’ Tak Mahu Buka Pintu

Sponsored

Satu video yang dimuat naik oleh balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai. Dalam perkongsian itu Hidayah meluahkan rasa kecewa kerana tidak dilayan untuk memasuki rumah peninggalan yang terletak di Gombak, Selangor.

Dalam rakaman itu difahamkan Hidayah datang ke rumah tinggalan arwah Abam berkenaan ditemani peguam dan ‘disidai’ selama sejam di luar rumah tanpa dipelawa masuk. Hidayah berkata, selepas tiga tahun pemergian Allahyarham dia ke rumah tersebut dan tiada siapa menyahut biarpun sudah ditekan loceng.

Sponsored

Katanya lagi, pintu tidak dibuka namun ada kereta, kasut dan motosikal di depan rumah. Malah Hidayah sempat mohon viralkan video berkenaan. Tambahnya lagi Hidayah sedih melihat keadaan rumah seakan tidak terjaga.

Berikut adalah rakaman yang dimuat naik oleh Hidayah menerusi Instagram miliknya itu:

Sponsored

Ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al Juffrey ini juga menyatakan peguam sudah menghantar surat untuk pihak belah sana menjelaskan bayaran RM60,000 seperti yang ditetapkan mahkamah.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen video Hidayah tak boleh masuk rumah tinggalan arwah Abam itu:

Sponsored

“Rumah arwah suami dia dan dia ada anak lelaki. Boleh nilai sape kejam sebenarnya..Cuba jadi dekat kita tak bayangkan. Kalau ada yang buat macam ni kat kita”

“Harta anak yatim jangan dibuat main, jangan sesekali ingkar arahan Allah..Rumah dibina untuk isteri dan anak, adik-beradik pulak conquer. Tak malu ke adik-beradik arwah abam ni? isk isk”

“Kalau arwah ada hampa sangat perasaan dia bila adik-beradik family dia buat anak bini dia macam ni Allahu”

“Nampak macam Dayah kejam..Tapi tengok sape yang mula dulu…Cabar Dayah sangat kan..Bayarlah hutang dia weiii..Korang yang sibuk nak bawak kes harta sampai ke mahkamah kan…”