‘Hilang’ dari Instagram, muatnaik kakak Ameera Khan buat ramai luah rindu- “Ameera kemana ye”

Sponsored

Perkongsian kakak kepada Ameera Khan iaitu Athisha Khan menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik tentang adiknya itu diruangan Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum kelmarin. Ia bersempena ulang tahun kelahiran Ameera Khan apabila Athisha Khan turut memberikan ucapan khusus buatnya.

Athisha Khan yang juga antara personaliti media sosial sering menjadi perhatian meluahkan rasa sayangnya kepada Ameera Khan atau turut dikenali dengan panggilan Little Miss Khan atau LMK dimana adik kepada selebriti terkenal, Neelofa ini mencecah usia 22 tahun.

Sponsored

Ameera Khan sambut ulang tahun ke-22

Meskipun begitu, ternyata perkongsian Athisha Khan buat adiknya membuatkan ramai mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa rindu terhadap Ameera Khan selepas dia begitu lama ‘hilang’ daripada Instagram. Mengikut tinjauan di Instagram milik LMK, personaliti media sosial yang mempunyai jutaan pengikut ini telah kosong tanpa sebarang foto.

Sponsored

Walau bagaimanapun, difahamkan Ameera Khan mengambil langkah tersebut untuk berehat dan ini bukan kali pertama dia ‘hilang’ daripada akaun Instagram miliknya itu.

Kemana Ameera Khan

Sponsored

Diruangan komen menerusi muat naik Athisha Khan itu selain dihujani dengan ucapan sempena ulang tahun kelahiran Ameera Khan, ada juga yang tertanya-tanya kemana personaliti media sosial itu disamping ramai mulai rasa rindu dengan dirinya.

‘I miss her so much’

Ameera Khan

‘Happy birthday Ameera’

‘Miss Ameera’

‘Ameera Khan kemana ye’