Ibu Syifa Melvin Mohon Henti Kecaman Pada Anaknya, “Istigfar Byk2 Kalau Tak Puas Hati”

Sponsored

Selesai sudah penyatuan dua hati antara pempengaruh, Syifa Melvin dan pemain bola sepak, Safawi Rashid dalam sebuah majlis ringkas malam tadi.

Biarpun peminat berteka-teki mengenai hubungan pasangan ini, namun mereka memilih untuk terus berdiam diri sehinggalah tular dengan satu video yang memaparkan majlis malam berinai Safawi dan Syifa Melvin.

Sponsored

Bagaimanapun di sebalik kemeriahan majlis tersebut, satu muat naik di Instagram Stories ibu Syifa Melvin ini telah mencuri perhatian ramai. Dikatakan ada sesetengah netizen kurang senang dengan pernikahan Safawi disebabkan kehidupan Syifa yang banyak terlibat dengan selebriti.

Ibu Syifa Melvin tegur netizen

Sponsored

Berikut adalah muat naik oleh ibu Syifa Melvin mohon henti kecaman terhadap anaknya itu:

Nasihatnya kepada orang ramai

Sponsored

Menurut ibu pengantin ini, dia memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik sahaja. Malah dia turut menasihati supaya orang ramai elak dari mengecam kerana ia boleh menambah dosa.

“Jangan kecam melampau macam Syifa Melvin tak dak mak bapak, tak dak famili untuk rasa sakit hati…”

Malah dia turut menasihatkan supaya jika ada yang tidak berpuas hati dengan pernikahan tersebut boleh istigfar, ambil wuduk dan bersolat supaya hati mereka tenang.

Teguran dari seorang ibu yang mana anaknya ini telah menjadi bahan kritikan telah mencuri perhatian ramai. Walau apa pun yang berlaku, Safawi Rashid dan Syifa Melvin telah pun selamat diijab kabulkan menerusi satu majlis tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya, malam tadi.