Imran Bard Bangga Pandu Kancil Turbo, “Kenapa Kita Nak Menghakimi Orang…”

Sponsored

Pempengaruh dikenali sebagai Imran Bard ini cukup popular dengan konten video kelakar yang kadang kala agak ‘menusuk’ di jiwa kata-katanya. Malah baru-baru ini satu rakaman dirinya yang bangga pandu kenderaan dari jenis Kancil telah mencuri perhatian ramai.

Pemuda yang memiliki karakter lucu ini meluahkan rasa bangganya apabila dapat memandu kereta kancil dengan enjin turbo tersebut. Kata-katanya itu adalah untuk memberikan motivasi kepada orang di luar sana supaya tidak rasa rendah diri kerana memiliki kenderaan yang comel dan mampu milik tersebut.

Sponsored

Dalam muat naik rakaman tersebut, dia meluahkan rasa bangga dengan kenderaan dimilikinya. Malah dia turut mempertikaikan mengapa perlu menghakimi hidup orang lain.

Berikut adalah rakaman dengan luahan Imran Bard bangga pandu Kancil turbo yang telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna Tiktok:

Sponsored

“Ni kancil turbo. Mintak maaf cakap aku bukan nak bangga-bangga ke, merendah diri ke. Aku patut bangga dan ini bukan masa untuk aku merendah diri. Kancil aku tu kalau kat highway tu aku kanan je. Minta maaf cakap ini adalah kebanggaan aku dan flex yang aku boleh cakap.

Jadi buat mereka yang diluar sana ada kereta murah dan makcik2 kutuk dia, aku terus naikkan semangat mereka. Buat apa kita nak dihakimi, buat apa nak takutkan diri. Kenapa kita nak menghakimi orang. You do you sis. Untuk mak cik2 kat luar sana”.

Sponsored

Memang padulah nasihat dari Imran Bard ini! Di ruangan komen rata-rata warganet memuji Imran Bard bangga pandu Kancil turbo ini. Malah ada juga yang akui terhibur dengan gaya percakapan pemuda ini.

“Budak ni mmg buat acik ketawa lah – dlm meaningful advice dia tu”, Tulis salah seorang netizen.

Seorang lagi warganet meninggalkan komen bersetuju dengan kata-kata Imran Bard ini menulis seperti berikut:

“kereta cash tak hutang sissss, minyak selalu full tank. hidup kancil BWAHAHAHAHAHHA”

SumberTikTok